Jika e-mel yang mengandungi link pengaktifan/pendaftaran untuk laman web yang lain, ianya akan dikunjungi secara automatik di latar belakang tanpa tindakan dari mana-mana pengguna. Ini adalah yang paling berguna untuk pendaftaran atau langganan pada laman web di mana anda mesti klik pada link pengaktifan dalam mesej untuk melengkapkan pendaftaran anda. Ini akan dilakukan tanpa campur tangan dari mana-mana pengguna, malah anda tidak perlu membaca e-mel!

Nama domain alternatif!

Terdapat juga nama domain yang berbeza selain @mailnesia.com . http://mailnesia.com/domains.html. Nama domain ini tidak memberi kesan ke atas penghantaran, cuma nama emel yang berbeza. Jadi, semua emel yang dihantar kepada bob@mailnesia.com dan bob@vipmailonly.info boleh dibaca dalam inbox bob. Kami menjangkakan lebih banyak nama domain pada masa hadapan.

Anda juga boleh menggunakan nama domain anda sendiri! Hanya tukarkan MX record kepada mailnesia.com, tetapkan MX PREF dan TTL kepada 10 dan 1800.

Atau jika anda tidak mahu membeli domain, terdapat juga perkhidmatan percuma seperti http://freedns.afraid.org.

HTML disokong!

Email yang menggunakan format HTML disokong, dengan beberapa pengecualian kecil.

Pengekodan pelbagai teks!

Banyak pengekodan yang disokong, seperti unicode (UTF-8), Western/Latin/Central European (ISO-8859-1/2), Chinese, Japanese, Korean dan lain-lain.

Pelbagai bahagian mesej (MIME pelbagai bahagian)!

Mesej yang dihasilkan daripada jenis yang berlainan (HTML, teks, lampiran) adalah disokong. Fail atau imej yang dilampirkan boleh dilihat dan dimuat turun. Berhati-hati dengan lampiran yang tidak diminta, mungkin mengandungi virus atau penipuan.

Saluran RSS bagi setiap peti mel!

Jika anda mahu dimaklumkan apabila mesej baru tiba, klik pada butang RSS di halaman peti mel yang dikehendaki. Dengan cara ini anda boleh menukar dari e-mel ke RSS! (e-mel kepada RSS)

Contoh: mailnesia.com/rss/mailbox_name?mailcount=50&format=plain

Nama yang boleh diserahhakkan bagi setiap peti mel

Jika anda tidak mahu orang lain membaca emel anda, tetapkan nama lain untuk peti mel anda. Anda hanya boleh mengakses mesej dari peti mel yang asal, bukan dari nama lain!

Jika anda membuka peti mel dan tiada mesej, anda boleh menetapkan nama untuk peti mel itu. Anda boleh menetapkan apa-apa nama yang anda mahu, selagi peti mel itu kosong. Nama-nama peti mel tidak boleh digunakan sekiranya ia telah digunakan di peti mel yang lain. Batasan nama juga dikenakan (lihat @ akhir halaman).

Sebagai contoh, anda menetapkan nama nudac6 ke peti mel magnic!

Jika seseorang membuka nudac6, akan ada mesej ralat yang menyatakan peti mel ini adalah nama yang telah digunakan sebagai alias, dan e-mel tidak boleh dilihat di sini. Dan di magnic akan diingatkan bahawa nama alias adalah nudac6.

Nama alias tidak boleh ditukar, tetapan adalah kekal.

Membuang mesej

Mesej akan dipadam secara automatik dalam masa yang singkat, biasanya selepas beberapa hari berdasarkan kadar mel masuk. Nilai semasa boleh didapati di halaman statistics.

Anda boleh membuang mesej secara manual dengan menekan butang buang di bahagian atas emel, atau menghapuskan semua mesej di dalam peti mel dengan menekan butang buang di atas senarai emel.

Pengehadan

Menerima sahaja

Tidak boleh menghantar emel buat masa ini.

Saiz mesej

Saiz mesej yang dibenarkan adalah 500 kilobytes. E-mel yang bersaiz lebih besar dari itu akan ditolak.

Penamaan peti mel

Nama peti mel (dan nama alias) tidak boleh lebih daripada 30 huruf, dan hanya boleh mengandungi huruf [a-z], nombor [0-9], sengkang, titik, palang bawah dan tambah [-._+].

Sumber terbuka

Dihoskan secara umum di [GitHub] (https://github.com/Gilwyad/mailnesia.com) di mana anda boleh melihat semua kod sumber, mengemukakan perubahan, meninggalkan komen, melaporkan sebarang isu atau ralat dan permintaan ciri-ciri baru.